KENANGAN BERSAMA mass_comm…

Februari 28, 2008 at 3:47 am (Uncategorized)

salam ukhwah buat teman-teman…tahun 2004 kku melangkahkan kaki  ke menara gading (UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA). Saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini kerana cita- cita untuk ke menara gading selama ini telah tercapai. sekurang-kurangnya ku dapat melihat segaris senyuman di wajah ayahanda dan bonda. segala penat jerih mereka selama ini membesar dan memberi pendidikan kepadaku sedikit sebanyak tak sia-sia. buatmu UMIE dan ABAH…..aku amat bersyukur dikurniakan ibu bapa sepertimu, segala kasih sayang yang telah di curahkan takkan mampu ku balas sehingga ke akhir hayat. namun, harapanku suatu hari nanti aku akan dapat menggenggam segulung ijazah dan sekaligus berjaya dalam hidup..amiiinbuat teman-teman,pertemuan kita tak disangka,  persahabatan antara kita tidak ternilai bagiku…3 tahun setengah menjalinkan persahabatan mengajarku segala-galanya. za., nani, azi dan zu…kenangan bersama kalian takkan ku lupakan. semoga ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan selamanya.Buat abang PJO,We take exam (STPM) together, but i’m unexpected we entering at the same University. tapi apa pun aku redha, walaupun kengkadang tension jugak asyik tengok muka abg pjo, nak mengorat pun susuah sebab di pantau…hehe,(GURAU JER). Apa pun mungkin ada hikmah yang tersembunyi, yang pastinya kita adalah ikon kepada adik-adik di rumah, dan harapanku semoga satu hari nanti kita akan bersama-sama menggengam segulung ijazah dan tunjukkan buktikan kepada semua walaupun abg pjo punyai sikap yang unik iaitu tabiat tidur yang terlampau tapi mampu berjaya.Buat pensyarah,terima kasih atas tunjuk ajar kalian selama aku di sini, Prof Naim, Puan Rosidayu, En Hamid, En.Zahiril, En Faizal, Pn.Nina, Pn Su, Pn Safiah, En Imran, En Azhar dan semua pensyarah komunikasi. sesungguhnya jasa kalian takkan ku lupakan dan ilmu yang kalian ajarkan akan ku gunakan sebaik-baiknya. InsyaAllah.                                                                                                                                                                                                                       Dari tinta cik na 19/2/2008                                                                                                                                                                                                               (  CIK NA 18/2/2008 ) 

Advertisements

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

RENUNGKAN SESIAPA BERGELAR ISTERI

Februari 28, 2008 at 3:15 am (Uncategorized)

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering
> datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya
> selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang
> telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya
> mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari
> ini.
> Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan
> anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.
> Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan
> saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi
> keterlaluan jika dikatakan
> saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat
> berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan
> rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah
> saya
> abaikan.
>
> Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat
> memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang
> untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan
> lain-lain
> sifat yang
> baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan
> waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang
> berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan
> memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang
> bertakwa.
> Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami
> akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri
> terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam
> dan
> menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan
> kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang
> kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas
> mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah
> tugas
> nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
> Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat
> dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur
> kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,
> hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan
> sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain
> kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan
> masing-masing.
>
> Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya
> ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu
> merupakan
> hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa
> orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan
> pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke
> rumah.
> Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
>
> Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.
> Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,
> bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada
> petang itu.
> Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu
> jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami
> sedar
> saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak
> memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran
makanan
> laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya.
> Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa
> tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan
> usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami
> sayalah
> orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap
> pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di
> katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun
> hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar
> tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati
saya
> hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata
> kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “Abang, Zee terlalu penat,” lalu
> saya
> menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
> Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada
> saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu
> tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.
> Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
> Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti
> ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak
> berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali
> –
> panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam
> kemalangan
> dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,
> tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya
> dan
> saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,
> tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya
> kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.
> Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan
> yang
> lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,
> maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.
> Sabda Rasulullah s.a.w, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada
> seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,
> tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan
> murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya.” Sehingga
kini,
> setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.
> Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara
> saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak
> agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada
> ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai
> isterinya.
> Itulah harapan saya …semoga Allah perkenankannya.
>
> Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Februari 19, 2008 at 11:54 am (Uncategorized)

sbb CINTA itu sendiri terlalu subjektif….
Ikatlah cinta dgn Allah dulu…Insya Allah selamat…
Bercinta itu bagi ana terlalu membuang masa.tenaga,duit……dan mcm2…dan plg ditakuti klu cinta itu m’bawa kita lbh jauh dgn Allah….Astaghfirullah..
Utk apa bercinta bagai nak rak…Tapi rupa-rupanya Allah dah tetapkn kita dgn org lain….Ya Allah ruginya kita………Semuanya kita dh buat dgn dia…..berdating..minum2..pegang tangan…
Kesian dkt suami kita kan…???Kita dah ambil hak dia dan dh bagi kt org lain smsa blm kawin…..Sbb tu tak mustahil KLU KITA DH PERNAH BERCOUPLE DGN ORG LAIN..SUAMI KITA PUN DAH PERNAH COUPLE DGN ORG LAIN SBLM KHAWIN DGN KITA…BUKANKAH PEMBINAAN ZURIAT YG SOLEH ITU BERMULA DARI KITA MENJAGANYA SEKARANG???WALAU BLM BERKAHWIN…..

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

KENALI CIK NA_mass comm 2008

Februari 19, 2008 at 11:43 am (Uncategorized)

 

cun tak????hehe…kalau ada sape- sape yang tak kenal lagi inilah aku iaitu nama yan mak bapak aku bagi  HILMIYATUL AMRINA BT CHE WAN HAMAT tp kalau panjang sangat panggil jer aku cik na, tu bg sesape yg rapat dgn aku jer, klu tak blh jgk panggil aku amrina. aku asalnya dari MACHANG, KLATE. and pada hari aku tulis ni aku baru berumur 23 thn setengah, maknanya tak sampai lagi 24 thn ye, dan jgn lupa aku akan sambut birthday  pada 17 november  tiap2 thn. so, jgn lupa wish n bg present kt aku, yg uniknya lagi aku berkongsi birthday dgn classmate aku iaitu merangkap adik kepada aku iaitu Syauki.dkt sini jgk aku ingin merakamkan penghargaan kepada pija yg telah membantu aku mewujudkan blog ni..hehe skrg dgn bangganya aku dh ada blog sendiri. oklah setakat ini shjlah dulu sbb aku dh xde idea ni…pening ni jap lg nk berlatih nasyid coz mlm ni kena nyanyi masa muhadathah hurrah, pastu nk bt stop motion lg, hai klu nk bilang keja mmg xkan hbis.pening, peniggggg!!!!!!!!!!!!!                                                                                                                                                                                                                                    SALAM PENGENALAN  DARI CIK NA

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Februari 19, 2008 at 11:42 am (Uncategorized)

pengalaman hidup adalah guru terbaik yang mengajar kita erti ketabahan dalam kehidupan.semakin kita melalui pengalaman hidup semakin matang kita,tapi perlu mengahargai setiap pengalaman yang diperolehi.semakin kita berusia bukan semestinya semakin matang kita dan tak bermakna kita akan jadi tabah.tapi kalau kita gunakan usia dan pengalaman hidup itu sebaiknya,pasti kita akan tahu pelbagai rahsia dalam kehidupan termasuklah apakah itu erti tabah.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

SKETSA UTK COMM LAW

Februari 19, 2008 at 6:29 am (Uncategorized)

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

MAKE UP ARTIST AKU

Februari 19, 2008 at 6:22 am (Uncategorized)

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

lakonan utk subjek comm law (thn 2,sem 4)ianya sntiasa terpahat d’ hati

Februari 19, 2008 at 6:17 am (Uncategorized)

lawa tak gambar ni, masa ni aku terlibat dalam lakonan untuk subjek communication law, dan En.Zaheril yg ajar, best jugak la sebab aku dan kengkawan masing-masing dapat tunjuk bakat lakonan.hehe…kami berlatih selama seminggu untuk menjayakan projek kami ni yang mana semua pelajar boleh hadir ke DKF1.2 untuk menyaksikan lakonan mantap kami ni..hihi macam superstar laa pulak. kami jugak buat promotion untuk iklankan sketsa kami supaya ramai yang datang menonton.

Time tu aku sekumpulan dgn za, nani, zu, fahimi, adah, ilany, biey,  dan hafiz Zakaria. dan akuy bawakan watak BARBARA IAITU WATAK ANTOGANIS,  watak penting tuuuu…ntah mcm mn aku terpilih bawa watak tu, mgkin wajah aku yg serius dan sedikit garang kot buatkan akulah calon plg sesuai untuk bawa watak tu. pengalaman yg tak dpt ku lupakan bila terpaksa kena mekap untuk menampakkan watak penjahat, siap pakai water colour lg utk lipstik. hai…mcm2 dan nani la yg jd  mekap artis aku.

kepada semua group aku masa tu, thanks for your co operate with me dan segala nya pasti xkan dpt di lupakan, pengalaman yg sgt berharga…LUV U ALL

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

semoga hari ini akan menjadi kenyataan!!!!!!!

Februari 19, 2008 at 4:53 am (Uncategorized)

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Februari 19, 2008 at 4:46 am (Uncategorized)

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Next page »